every picture has their own story...
and yada yada yada...
well, bekerja di KFC mmg cool gila...
lebey2 lagi bos muda macam aku yang entitled STAFF AMENITIES...
which dgn staff amenities tu membolehkan aku makan kfc secara percuma dgn limit RM 200 sebulan...
cool kan?
usually staff amenities tu aku guna utk belanja saudara mara, rakan dan taulan makan2 KFC..
and sometimes aku gunakan utk belanja client makan ketika kami berda d mana2 outlet...
dan benda paling feveret skali org slalu minta aku belanja ialah KRUSHER!
betapa bersyukurnya aku dapat makan KFC percuma malah kalau aku tengok staff aku buat party kat mana2 KFC outlet pun Restoran Manager akan offer...
" cik nani nak minum ap2 tak?"
sampai kadang2 aku dah jemu gila makan KFC sampai satu tahap tak tahu nak order apalagi...
bayangkan betapa jemunya aku dengan KFC...
sampailah hari sabtu minggu lepas, ketika aku buat site visit dgn cica di KFC AU2 Setiawangsa...
aku lihat ada dua orang budak comot bertudung dalam lingkungan sekolah rendah agaknya berbaris utk membeli kfc...
dan sesudahnya membeli aku lihat mereka berdua duduk makan di meja terletak berhadapan dengan aku...
tapi yg peliknya...
aku lihat yg mereka order hanyalah 2 ketul ayam original dan 1 pinggan extra....
yes!
hanya 2 ketul ayam original...
tiada whipped potato,
tiada coleslaw,
tiada jelly ice cream,
tiada air pepsi.
aku tengok mereka makan dengan penuh selera...
walaupun hanya dengan itu sahaja...
dan aku yg sudah hari2 dapat makan percuma pula
sudah jemu dan tidak selera makan KFC lagi...
ketika itu aku berasa malu terhadap diri sendiri...
kerana tidak bersyukur dan tidak merasa puas dgn apa yang d miliki...
sedangkan ada yang lebey susah daripada aku...
itulah kisah 2 ketul ayam...
setiap ayam ada kisahnya...
dan akku belajar sesuatu hari itu...
bersyukurlah kerana jalan yang Allah tulis untuk kita itu pasti ada hikmahnya walaupun sakit.