setiap hari perlu enjoy!!!!

Monday, April 2, 2012

friends without benefits!





pictures tells thousand words... 


2 gambar  di bawah adalah gambar epic...saya jumpa dalam pc cica...
nape saya panggil epic...sbb itu gmbr sewaktu zaman study dulu.

di alam kerjaya saya mula faham apa erti kawan sejati...
tak guna ramai friendlist sehingga berjuta dalam pesbuk...
tapi in reality mcm bkawan dgn dinding...
sejuk, no feedbacks, sendiri...

kawan adalah orang yang sanggup susah dan senang bsama kita walau apa jua keadaannya...
dalam sakit,
dalam sedey,
dalam gembira,
dalam dilema,
dalam duka...

walaupun kadangkala dia busy dgn kehidupan sehariannya...
tapi dia cuba utk meluangkan masa bersama kita...

takde banyak saya hendak katakan...
kerana apa yang tersirat terbuku dalam hati...
dan yang tersurat nampak di depan mata...


the tale of two pieces chicken.

every picture has their own story...


and yada yada yada...

well, bekerja di KFC mmg cool gila...
lebey2 lagi bos muda macam aku yang entitled STAFF AMENITIES...
which dgn staff amenities tu membolehkan aku makan kfc secara percuma dgn limit RM 200 sebulan...
cool kan?

usually staff amenities tu aku guna utk belanja saudara mara, rakan dan taulan makan2 KFC..
and sometimes aku gunakan utk belanja client makan ketika kami berda d mana2 outlet...
dan benda paling feveret skali org slalu minta aku belanja ialah KRUSHER!

betapa bersyukurnya aku dapat makan KFC percuma malah kalau aku tengok staff aku buat party kat mana2 KFC outlet pun Restoran Manager akan offer...
" cik nani nak minum ap2 tak?"

sampai kadang2 aku dah jemu gila makan KFC sampai satu tahap tak tahu nak order apalagi...
bayangkan betapa jemunya aku dengan KFC...

sampailah hari sabtu minggu lepas, ketika aku buat site visit dgn cica di KFC AU2 Setiawangsa...

aku lihat ada dua orang budak comot bertudung dalam lingkungan sekolah rendah agaknya berbaris utk membeli kfc...
dan sesudahnya membeli aku lihat mereka berdua duduk makan di meja terletak berhadapan dengan aku...

tapi yg peliknya...

aku lihat yg mereka order hanyalah 2 ketul ayam original dan 1 pinggan extra....

yes!

hanya 2 ketul ayam original...

tiada whipped potato,
tiada coleslaw,
tiada jelly ice cream,
tiada air pepsi.


aku tengok mereka makan dengan penuh selera...
walaupun hanya dengan itu sahaja...
dan aku yg sudah hari2 dapat makan percuma pula
sudah jemu dan tidak selera makan KFC lagi...

ketika itu aku berasa malu terhadap diri sendiri...
kerana tidak bersyukur dan tidak merasa puas dgn apa yang d miliki...
sedangkan ada yang lebey susah daripada aku...

itulah kisah 2 ketul ayam...
setiap ayam ada kisahnya...
dan akku belajar sesuatu hari itu...

bersyukurlah kerana jalan yang Allah tulis untuk kita itu pasti ada hikmahnya walaupun sakit.



kosong...

in another life i would be your girl....in another life i will make you stay...the one who got away.


sudah banyak malam aku tidak dapat melelapkan malam sejak kejadian Zara...
rasa kosong...
dan semalam aku bertambah kosong...sepertinya aku kehilangan semua dalam sekelip...
hilang Zara dan juga dia..

sampai aku hanya terdiam kerana tidak mampu mengatakan apa2 lagi...
mungkin  aku sudah penat dan terlalu sedey untuk mengatakan apa2 lagi...

apapun perpisahan kali ini aku hadapi dengan matang...
tidak seperti dulu sewaktu dgn ahmad nurhilmi yang aku meroyan bagai nak gila...
kali ini aku menjadi lebey tabah dan kuat...
barangkali sudah imun dgn perpisahan yang tragis...
walaupun sebenarnya perpisahan kali ini lebey tragis kerana aku dan si dia punya rahsia yang sampai mati pun tidak akan boleh di lupakan...
dan mungkin sampai mati pun kenangan itu takkan luput...

semua orang mempunyai rahsia...

dan semalam aku putuskan biarlah dia bahagia dgn kekasih hatinya yang baru...
tanpa kekasihnya mengetahui rahsia sampi mati kami berdua itu...
itu lebey baik...

kerana aku menjaga maruah dia dan aku...

dan paling penting aku pergi dengan bermaruah...

bukan seperti kekasihnya yang berulangkali meminta aku meninggalkan dia...

min kiong moo han fook dalam bahasa melayunya...paksa2 pun kalo tiada hati tidak guna...

jadi biarlah aku pergi dengan rahsia...

itu lebey baik dan bermaruah...

mungkin ada hikmah dan Allah merancang sesuatu yang lebey baik utk aku di hadapan sana...
kuasa tuhan tak siapa yang tahu.

dan aku berharap ini bukan new entry yang aku tulis...
kerana bilaa dia buat begitu, aku dengar bunyi hati aku retak...

dan bunyi retak itu, terlalu sakit sehingga aku berasa kosong.